Monday, 8 August 2011

Rezeki di Bulan Ramadhan


Alhamdulillah....tup tap tup tap, da masuk 8 hari da kite puase. Tapi aku sempat buat berapa hari je atas sebab yang tak dapat dielakkan. Hehehe Okay, it's been a month, aku tak update blog aku ni, tapi masih lom ketinggalan lagi. Masih dalam bulan Ogos lagi.

Pertama sekali, aku nak luahkan rasa yang bahagia yang tidak terhingga!iaitu....jeng...jeng...jeng...

Aku akan dapat bonus!yepeee!!! Okay, bukan aku seorang je, malah semua staf di sektor awam akan mendapat bonus.

Berapa banyak bonus akan dapat?? Aku dengar berita tadi, setengah bulan gaji, which is dia bagi gaji pokok and minima rm500. Kalau die bayar gaji pokok pon dah kira bersyukur sangat bagi aku. Lepas bayar road tax Mimo aku.heeee

Pada mula pening gak aku nak fikir pasal kumpul duit ni, yela, sebab aku da start belajar, so semua budget kena cut, termasuk budget shopping. Allah tu maha kaya, dia tahu hambaNya dalam kesusahan, maka Dia tolong hambaNya ini. Alhamdulillah...

Tapi aku kena beringat jugak, aku still kena saving. Just in case anything happen. Kita tak bolehla harapkan satu benda je gak??

Okay, malas nak taip panjang-panjang (walhal da panjang da pon). I'll share about my class studies by next....time?month?tak tahu lagi bila...hehehe

Sayonara~

Sunday, 3 July 2011

♥Love is Meaningless♥


LOVE IS MEANINGLESS

Love could not be trusted
Love is a feeling hard to understand
and why Love is meaningless??
Because when you are in love
Love is everything
Love is blind
Love is such a wonderful feelings
BUT When you hurt by your lover There is another meaning of love
Love is sucks
Love is wasted
Love is terrible
There is no true meaning of Love
Its always changed

♥Princess Lalaland

I created this poem last 3 years ago and no matter in love you are, just be consistent and avoids from this word ---> 'TOO MUCH' because it will eat your soul if anything happen in future.

Friday, 1 July 2011

Julai Oh Julai


Weee~ cepat gilak masa berlalu! Sedar-sedar je da bulan Julai. Lepas bulan Julai, dah start puase.Lepas habis puase, RAYA!!! (Puasa pon blom, da sibuk nak cakap pasai Raya)

Julai...Julai...Julai... Apa yang ada pada Julai??? Nak tau apa ada pada bulan Julai??

Okeh...here is my schedule for this month:-
  1. Aku akan mula daftar belajar dan start belajar pada bulan ni.
  2. Nak dating!!!(wajib ada dalam list,at least sebulan sekali)
  3. Kursus Team Building
  4. Santai bersama keluarga (sangat2 wajib)

Ni jelaaa aku punya aktiviti tuk bulan ni. Tapi aku kena aturkan jadual aku jugak sebab aku da nak mula menyambung pengajian. Dalam 4 minggu tu je, aku hanya boleh dating sebulan sekali je, dimana date for a whole day tapi balik mesti sebelum maghrib!itu adalah wajib!kalau tak parents aku bising.

Nak buat camne, aku ank bongsu and the only one daughter in my family.

Aktivi bersama family pulak, mestilah aku lebihkan dari dating...macam dalam 4 minggu tu, kite tengok dari segi hari minggu:-

  • 2 minggu (hari minggu) = Santai bersama family
  • 1 minggu (hari minggu) = Dating
  • 1 minggu (hari minggu) = G kelas

Okey tak susunan jadual hidup aku??hahaha

Tapi tak semestinya aku ikut jadual ni bulat-bulat, lonjong-lonjong, kadang-kadang ada masa tu, aku dating 2 kali dalam sebulan tu. Ikut dan laaa...seb bek FH aku memahami...hehehe




Thursday, 30 June 2011

Pengarah PSIS Meninggal Dunia


Gambar kenangan bersama allahyarham En. Dzulkifli Bin Ismail
(Bekas Pengarah PSIS)


Innalillahiwainnailaihirojiun..... Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah...


Aku dapat tahu berita ni, baru je petang ni. Itu pon sebab aku terbaca wall post member aku kat FB. Aku juga mengetahui berita ini setelah menjenguk FB Setiausaha Psis. Ini antara description yang aku copy paste dari wall FB Setiausaha Psis:


Assalamualaikum Dan Selamat Pagi... Dukacita Dimaklumkan Bahawa Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, En Dzulkifli Bin Ismail Telah Menghembuskan Nafas Terakhir Beliau Di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam, Selangor Kira-kira Jam 11.10pagi tadi... Sama-samalah kita Sedekahkan Al-Fatihah Keatas Roh Beliau Semoga Beliau Ditempatkan Dikalangan Orang-orang Yang Beriman...


Arwah meninggal dunia pada 29/6/2011, which is by yesterday. Punca pemergian arwah, itu tidak diketahui. Tapi ada juga yang mengatakan punca kematian adalah sakit jantung, wallahualam bissawab....


Apa yang membuatkan aku terkesima seketika apabila megenangkan zaman poli aku dibawah
seliaan arwah. Dia merupakan seorang yang agak tegas dan berdisiplin. Masih terngiang-ngiang di ingatan aku dimana aku sempat bergambar dan berborak bersama arwah sebelum aku pergi menamatkan zaman belajar aku di Politeknik tu.


Aku ingat lagi arwah selalu bersiar-siar dengan kereta pajeronya. Semua tu masih segar dalam ingatanku. Diharapkan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Amin...


Saturday, 25 June 2011

Orang Main Ipad, Aku Main Cak Lempong


Ahli-ahli caklempong yang bakal mewarnai persada dunia :D

Manusia pada masa kini semakin canggih!Ipad,Iphone,ape lagi I?bapak segala I lah. Semua peralatan canggih tu dah dijadikan sebagai alat untuk berhibur, contoh terdekat anak buah aku, 3 tahun dah pandai main Iphone, pe kejadah tu, angry bird??game yang tengah dok femes la ni... tapi AKU???

Aku main CAKLEMPONG....tradisional kan aku ni??an??an??muahahaha

Ting, tang, ting, tung, ting, BANGGGG!!!okay...BANGGGG tu bukan bunyi caklempong. Tu aku tambah jek.hahaha Ting, tang, ting, tung tu lebih kurang bunyi caklempong laaa...hehehe

Bagaimana aku boleh terjerebak dengan permainan ni??
  1. Aku nak penuhkan Borang Penilaian SKT aku
  2. Inilah masanya untuk ceburi bidang-bidang tradisional, kalau tak, sebelum ni Hareemmm
  3. Menambahkan aktiviti yang berfaedah selain daripada aktiviti swimming
  4. Geng-geng opis aku ramai yang join
  5. Sebab MACAM BEST dan MEMANG BEST pon!!
Pada permulaan yang pertama, aku amik part 'Gereteh'. Ni adalah part yang sangat penting kerana ia yang menghasilkan melodi. Tapi aku masih lagi lembab sebab tak dapat catch chord and almost give-up. Tapi mak aku suruh teruskan jugak. Aku pon keep on laaa.

Sekarang, dah di peringkat pertengahan, aku amik part 'Tingkah' lak. Part ni agak senang berbanding 'Gereteh', sebab dia hanya sebagai tambahan bunyi atau pemahaman aku dikenali sebagai base. 'Sawa' pon senang jugak, dia adik beradik dengan 'Tingkah'. Semua ni adalah alatan dalam caklempong. Kalau aku cerita banyak-banyak pon, bukannyer kome paham dak??Aku share gambar jela.

P/s: Sesiapa yang nk kawin, agak-agak nak pakai caklempong, panggillah kami yang baru setahun jagung ni.Mesti bertambah-tambah MERIAH!!muahahahaha (gelak ada makna)


Gaya da ade, tp bile ketuk, haremmm

Masing-masing muka serius sebab nk kejar chord...huhu

Sempat lagik senyum, amik gambar punya pasal :)

Cikgu yang acah-acah garang tapi sempoi kot...hehehe

Sunday, 19 June 2011

MB of Lalaland

MB stand for what??you guys must be curious what MB stand for??

MB tu adalah 'short-form' bagi Menteri Besar. Bukanlah Menteri Besar kita tapi dia ni MB khas sikit.hehehe MB ni merupakan menteri besar atau pentadbir kepada Lalaland. Seperti yang korang tau, 'imaginary world' aku adalah Lalaland, jadi dialah MB kepada kingdom aku!hahaha (okay,it sounds crazy)

Memang bunyi cam 'minah ni cam tak betol je'. Aku masih waras lagi okeyh! Lalaland ni hanyalah untuk suka-suka, dimana aku akan karang puisi aku atau cerita-cerita dongeng seperti 'Disneyland story'. MB ni je support aku untuk dunia Lalaland aku. Kalau aku buat sesuatu cerita yang dimana adanya ahli sihir, puteri, putera, rakyat jelata, racun atau 'potion', mesti ending akan berakhir dengan 'Happily Ever After'.

Untuk pengetahuan korang juga, MB selalu tolong tamatkan cerita dengan 'ending' yang indah-indah je. Precise, he is creative person too! Dia boleh karang sesuatu cerita tu dengan baik. Sebab tu aku lantik dia sebagai MB aku.hehehe (still sounds crazy) tapi ade aku kesah??lalala

Dulu masa zaman poli dulu, adanya 'Wasteland', 'Fufuland' dan sebagainya. Kingdom2 tu lah yang nak hancurkan Lalaland kami. Tapi Kingdom mereka tidak bertahan lama kerana tiada penyokong atau erti kata lain 'dorang tak layan benda-benda ni sangat pon'. Oleh kerana adanya MB aku di Lalaland, kingdom kami masih bertahan lagi.

Aku cerita 'fairytale' story ni selalunya time lepak-lepak dulu...or time supper, hang-out minum kt luar, then aku akan ceritala 'imaginary story' bagi diorang mengantuk, atau erti kata lain macam 'bed-time story' laaa. Pada masa yang sama, dorang bahan-bahan gak aku, macam tamatkan cerita aku dengan sadis...seperti princess kena bunuhlaaa, princess jadi kataklah....macam-macamlah! Mereka buat macam tu sebab mereka tak percaya adanya 'happy ending'. They totally like monsters~(suka rosakkan Lalaland kami)

Apa-apa pun bahan-bahan yang aku terima, MB still support aku.hehehe Walaupun banyak monsters tapi kami buat dunno je...asalkan kami bahagia. Kalau korang baca dari awal sampai akhir, mesti korang fikir kiteorg ni gila agaknya???Kalau korang nak fikir macam tu suka hati lah.. Tapi mengapa aku wujudkan 'imaginary world' aku ni, ada sebabnya. Itu aku akan cerita kemudian. Apa yang aku nak tekankan kat sini, aku berterima kasih sangat kepada MB kerana masih menyokong aku dalam dunia Lalaland dan mentadbir Lalaland dengan baik.hehehe untill now,he still call me princess...awww (perasan lagi) You are AWESOME MB! Ada MB, no more Monster!

FYI, nama sebenar MB adalah Amirul Amri. :)


Inilah MB a.k.a Amirul Amri and thanks for this picture MB! =)

Saturday, 18 June 2011

I always will be your cheerleader!

G to the O to the R to the A to the I to the S!!!GO RAIS!GO RAIS!

Bapak gedik...hahaha but who cares???kalau aku tak jadi cheerleader 'Fruit Heart' aku, sape lagi nk support??i mean other than his familylaaa...hehehe Tapi takdela terlompat-lompat sambil goyang 'rambu-rambu' tuh. Moral support sudaaa...

Aku memang childish dan sebab itulah aku hyperactive sket. Tapi FH aku layan je kerenah aku. Even though aku pok pek pok pek dalam kereta sepanjang perjalanan ke destinasi yang nk dituju, tapi dia dengar je pastu boleh bahan aku pulak tu.

Bila dia dalam kesusahan atau rasa 'down', aku akan jadi cheerleader dia. Yelah, kalau dia sanggup dengar aku pok pek sepanjang dia 'couple' dengan aku, so inilah masanya untuk aku membalas jasa pula. Dari girl lain dengar or jadi supporter dia, baik aku yang jadi 'cheerleader', nampak comel sket.hehehe (prasan jap)

Bila dia rasa sedih, of course aku pon akan rasa sedih jugak. Lumrah orang bercintalah kan??Tapi aku nak semuanya konsisten, not 'too much'. Biarlah semuanya bersederhana. Itu lagi elokkan?

Tapi apa yang ingin aku nyatakan, aku akan tetap jadi penyokong dia dari belakang. Tak kira susah atau senang, Insyaallah aku harap aku dapat berikan yang terbaik sebagai pasangan dia hingga kami menjadi pasangan yang sah.

P/S:Don't ever feel alone because i'm always here for you.


Ada rupa cheerleader tak??hahaha

He loves to fool around!