Friday, 12 August 2011

Perangai Buruk Datang Kembali

Last minute. Itu adalah perkara buruk yang selalu aku lakukan. Sebelum tu, dia ade adik dia iaitu lengah-lengahkan. Dua benda ni memang berkait rapatlah, macam adik beradik. Tapi aku tak salahkan dua benda ni. Apa yang aku nk salahkan adalah AKU!

Sekarang ni, aku da mula kelas, da mula membuat assignment, dan dah mula dah kuiz. Baru je jumpa pertemuan pertama, pertemuan kedua dah ada kuiz da. FYI, kuiz tu esok ye anak-anak.... tapi sepatah haram pon aku tak baca! Dok sibuk buat assignment.

Haaa...tu pon satu lagi, buat assignment last minute. Mak aku selalu cakap, aku ni suka sangat buat last minute dan ternyata apa yang mak aku cakap tu benar-benar belaka, tiada reka-cipta hak terpelihara. Bila semuanya buat last minit, maka tau-tau jela camne jadinya. Hasil pon ala-ala last minute.

Come on Pika....do change!sampai bila kau nk jadi camni?? (bajet monolog dalaman) Kau kene ingat Pika, kau buat PJJ, bukan fulltime. Beringat sikit yek....

Okay2...aku ingat ape yg aku monolog tadi. Harap-harap aku dapat berubahla. Jangan berubah kejap je yek cik Pika (monolog lagi).

Okay, aku mau sambung study... Harap-harap kuiz esok senangla.... Amin...

Wish me all the best yaww!

Wednesday, 10 August 2011

Perbandingan??



Assalamualaikum....


Entry kali ni aku nak bincangkan pasal perbandingan atau 'comparison'.


Bak kata orang hidup ni adil, yang mana dapat sesuatu kelebihan tu, tapi mesti dia akan kekurangan sesuatu. Manakala yang kekurangan lak, akan dapat kelebihan. Erk??bukan sama je ke?? Okay, apa-apa jela.


Bagaimana timbulnya perasaan 'perbandingan' ni??


Jawapannya...da name pon manusia, di mana tak pernah rasa puas dan sentiasa nak lebih, lebih dan lebih! Antara salah satu manusia tu aku laaa... Malas nak tuju atau buat contoh kat orang lain.


Kadang-kala bila aku tengok kehidupan seseorang tu like 'perfect life'. Contohnya dia cantik, kurus, bf handsome, kehidupan seharian dia best dan etc. Mesti terdetik dalam hati 'wahh...i wish i could be like her' but 'you wish...' It will never happen in your life. Bak kata orang 'jauh panggang dari api'.


AKAN TETAPI


Bila aku fikir balik, is she really happy with her life??atau aku fikir, mungkin luaran nampak semuanya sempurna tapi disebaliknya??kita tak tahukan?? Malah ia membuatkan aku berfikir, adakah aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni??


Walaupun aku hanya mempunyai 2 adik beradik dan aku adalah bongsu, aku tetap rasa hidup aku bahagia dan ceria. Dapat lak kakak ipar yang baik. Apa yang penting adalah keluargaku. Yeah,they sooooo control me but i can't blame them for all those actions. Mereka sentiasa nakkan yang terbaik untuk anak mereka. Precise, i'm the only girl in my family.


Bab bf lak??yup, FH aku bukanlah jenis yg romantik, he's more to sempoi. Kadang-kadang rasa geram gak, tapi bila fikir balik, as long he's not cheating around atau ambil kesempatan terhadap aku, tu da memadai.


Biarlah dia dengan kesempoian dia, tapi aku harap ciri-ciri kesetiaaan, sikap tanggungjawab dia dan pegangan agama dia tu remain sampai bila-bila. Insyaallah.... Bab-bab jodoh, Allah tentukan. Kita rancang, berusaha dan selebihnya kita serah kepadaNya.


Okay, back to my MAIN topic. Bila aku terus membandingkan diri aku dengan orang lain, aku akan sentiasa rasa tak puas hati. Tapi pada suatu hari, ada seseorang cakap kat aku, 'i jeles tgk life you, you have everything' and i was just like WHATTT??? Are you kidding me??Lol!


Dalam sedar tak sedar, ada jugak orang yang menilai aku. Dimana dia rasa aku sangat bertuah, walhal aku rasa orang lain jauh lebih bertuah dari aku. Akhirnya, aku tersedar!bahawa aku patut bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. Not more and not less. Everything was just fit to me. Alhamdulillah....


Kesimpulan yang leh aku pelajari adalah, when you compare yourself to others, it just like you insult yourself atau erti keta lain kita perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. Kita perlu fikir, apa yang kita miliki, tak mungkin orang lain memilikinya juga. Begitu juga jika orang lain memiliki, tidak semestinya kita memilikinya juga. Allah dah aturkan perjalanan hidup kita dari azali lagi dan Allah sentiasa nakkan yang terbaik untuk umatnya.




Monday, 8 August 2011

Rezeki di Bulan Ramadhan


Alhamdulillah....tup tap tup tap, da masuk 8 hari da kite puase. Tapi aku sempat buat berapa hari je atas sebab yang tak dapat dielakkan. Hehehe Okay, it's been a month, aku tak update blog aku ni, tapi masih lom ketinggalan lagi. Masih dalam bulan Ogos lagi.

Pertama sekali, aku nak luahkan rasa yang bahagia yang tidak terhingga!iaitu....jeng...jeng...jeng...

Aku akan dapat bonus!yepeee!!! Okay, bukan aku seorang je, malah semua staf di sektor awam akan mendapat bonus.

Berapa banyak bonus akan dapat?? Aku dengar berita tadi, setengah bulan gaji, which is dia bagi gaji pokok and minima rm500. Kalau die bayar gaji pokok pon dah kira bersyukur sangat bagi aku. Lepas bayar road tax Mimo aku.heeee

Pada mula pening gak aku nak fikir pasal kumpul duit ni, yela, sebab aku da start belajar, so semua budget kena cut, termasuk budget shopping. Allah tu maha kaya, dia tahu hambaNya dalam kesusahan, maka Dia tolong hambaNya ini. Alhamdulillah...

Tapi aku kena beringat jugak, aku still kena saving. Just in case anything happen. Kita tak bolehla harapkan satu benda je gak??

Okay, malas nak taip panjang-panjang (walhal da panjang da pon). I'll share about my class studies by next....time?month?tak tahu lagi bila...hehehe

Sayonara~

Sunday, 3 July 2011

♥Love is Meaningless♥


LOVE IS MEANINGLESS

Love could not be trusted
Love is a feeling hard to understand
and why Love is meaningless??
Because when you are in love
Love is everything
Love is blind
Love is such a wonderful feelings
BUT When you hurt by your lover There is another meaning of love
Love is sucks
Love is wasted
Love is terrible
There is no true meaning of Love
Its always changed

♥Princess Lalaland

I created this poem last 3 years ago and no matter in love you are, just be consistent and avoids from this word ---> 'TOO MUCH' because it will eat your soul if anything happen in future.

Friday, 1 July 2011

Julai Oh Julai


Weee~ cepat gilak masa berlalu! Sedar-sedar je da bulan Julai. Lepas bulan Julai, dah start puase.Lepas habis puase, RAYA!!! (Puasa pon blom, da sibuk nak cakap pasai Raya)

Julai...Julai...Julai... Apa yang ada pada Julai??? Nak tau apa ada pada bulan Julai??

Okeh...here is my schedule for this month:-
  1. Aku akan mula daftar belajar dan start belajar pada bulan ni.
  2. Nak dating!!!(wajib ada dalam list,at least sebulan sekali)
  3. Kursus Team Building
  4. Santai bersama keluarga (sangat2 wajib)

Ni jelaaa aku punya aktiviti tuk bulan ni. Tapi aku kena aturkan jadual aku jugak sebab aku da nak mula menyambung pengajian. Dalam 4 minggu tu je, aku hanya boleh dating sebulan sekali je, dimana date for a whole day tapi balik mesti sebelum maghrib!itu adalah wajib!kalau tak parents aku bising.

Nak buat camne, aku ank bongsu and the only one daughter in my family.

Aktivi bersama family pulak, mestilah aku lebihkan dari dating...macam dalam 4 minggu tu, kite tengok dari segi hari minggu:-

  • 2 minggu (hari minggu) = Santai bersama family
  • 1 minggu (hari minggu) = Dating
  • 1 minggu (hari minggu) = G kelas

Okey tak susunan jadual hidup aku??hahaha

Tapi tak semestinya aku ikut jadual ni bulat-bulat, lonjong-lonjong, kadang-kadang ada masa tu, aku dating 2 kali dalam sebulan tu. Ikut dan laaa...seb bek FH aku memahami...hehehe




Thursday, 30 June 2011

Pengarah PSIS Meninggal Dunia


Gambar kenangan bersama allahyarham En. Dzulkifli Bin Ismail
(Bekas Pengarah PSIS)


Innalillahiwainnailaihirojiun..... Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah...


Aku dapat tahu berita ni, baru je petang ni. Itu pon sebab aku terbaca wall post member aku kat FB. Aku juga mengetahui berita ini setelah menjenguk FB Setiausaha Psis. Ini antara description yang aku copy paste dari wall FB Setiausaha Psis:


Assalamualaikum Dan Selamat Pagi... Dukacita Dimaklumkan Bahawa Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, En Dzulkifli Bin Ismail Telah Menghembuskan Nafas Terakhir Beliau Di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam, Selangor Kira-kira Jam 11.10pagi tadi... Sama-samalah kita Sedekahkan Al-Fatihah Keatas Roh Beliau Semoga Beliau Ditempatkan Dikalangan Orang-orang Yang Beriman...


Arwah meninggal dunia pada 29/6/2011, which is by yesterday. Punca pemergian arwah, itu tidak diketahui. Tapi ada juga yang mengatakan punca kematian adalah sakit jantung, wallahualam bissawab....


Apa yang membuatkan aku terkesima seketika apabila megenangkan zaman poli aku dibawah
seliaan arwah. Dia merupakan seorang yang agak tegas dan berdisiplin. Masih terngiang-ngiang di ingatan aku dimana aku sempat bergambar dan berborak bersama arwah sebelum aku pergi menamatkan zaman belajar aku di Politeknik tu.


Aku ingat lagi arwah selalu bersiar-siar dengan kereta pajeronya. Semua tu masih segar dalam ingatanku. Diharapkan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Amin...


Saturday, 25 June 2011

Orang Main Ipad, Aku Main Cak Lempong


Ahli-ahli caklempong yang bakal mewarnai persada dunia :D

Manusia pada masa kini semakin canggih!Ipad,Iphone,ape lagi I?bapak segala I lah. Semua peralatan canggih tu dah dijadikan sebagai alat untuk berhibur, contoh terdekat anak buah aku, 3 tahun dah pandai main Iphone, pe kejadah tu, angry bird??game yang tengah dok femes la ni... tapi AKU???

Aku main CAKLEMPONG....tradisional kan aku ni??an??an??muahahaha

Ting, tang, ting, tung, ting, BANGGGG!!!okay...BANGGGG tu bukan bunyi caklempong. Tu aku tambah jek.hahaha Ting, tang, ting, tung tu lebih kurang bunyi caklempong laaa...hehehe

Bagaimana aku boleh terjerebak dengan permainan ni??
  1. Aku nak penuhkan Borang Penilaian SKT aku
  2. Inilah masanya untuk ceburi bidang-bidang tradisional, kalau tak, sebelum ni Hareemmm
  3. Menambahkan aktiviti yang berfaedah selain daripada aktiviti swimming
  4. Geng-geng opis aku ramai yang join
  5. Sebab MACAM BEST dan MEMANG BEST pon!!
Pada permulaan yang pertama, aku amik part 'Gereteh'. Ni adalah part yang sangat penting kerana ia yang menghasilkan melodi. Tapi aku masih lagi lembab sebab tak dapat catch chord and almost give-up. Tapi mak aku suruh teruskan jugak. Aku pon keep on laaa.

Sekarang, dah di peringkat pertengahan, aku amik part 'Tingkah' lak. Part ni agak senang berbanding 'Gereteh', sebab dia hanya sebagai tambahan bunyi atau pemahaman aku dikenali sebagai base. 'Sawa' pon senang jugak, dia adik beradik dengan 'Tingkah'. Semua ni adalah alatan dalam caklempong. Kalau aku cerita banyak-banyak pon, bukannyer kome paham dak??Aku share gambar jela.

P/s: Sesiapa yang nk kawin, agak-agak nak pakai caklempong, panggillah kami yang baru setahun jagung ni.Mesti bertambah-tambah MERIAH!!muahahahaha (gelak ada makna)


Gaya da ade, tp bile ketuk, haremmm

Masing-masing muka serius sebab nk kejar chord...huhu

Sempat lagik senyum, amik gambar punya pasal :)

Cikgu yang acah-acah garang tapi sempoi kot...hehehe