Friday, 19 August 2011

I'm Sooooo Happy Tonight! :D



Asssalamualaikum...and hye u olls...hehehe
U guys must be wondering, pehal minah ni suka sangat malam-malam buta camni???

Da sah2 entry aku pasal aku happy.... but i will tell you why i'm sooooosooooo happy!heee :D
Dahlah pika, takyah suka sangat, meluat lak aku tengok. Tapi ade aku kesah??muahahaha

Malam tadi bersamaan 19 ogos 2011, kawan-kawan kat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ajak aku berbuka di Perantauan Hills, Bangi. All of them brought their family members except 2 of my friends didn't bring any couple. Aku??? mestilah aku angkut Rais oh Rais sekali...heee :D

Majlis berbuka puasa tu berjalan dengan lancar (skema nyer lahai ayat). Cuma aku ngn FH aku terlambat sedikit sebab FH aku belikan parents die KFC tuk berbuka. So sampai2 je kt Perantauan Hills tu, tros makan. Tapi sebelum tu, da sempat teguk air dalam kereta da. Makan kat Perantauan Hills tu sedapla jugak, ikan sweet sour, telur bungkus, sotong goreng dan macam-macamlah.

Tapi aku tak nak cter psl makanla, sebab klu bab makan bagi aku semua sedap.huhuhu Ni aku nk cerita psl kawan-kawanku di KKM. Dorang memang sempoi habis. Suka gelak-gelak and yeah i miss them sooosooo much! Walaupun aku sempat kerja kt KKM tu just for 3 month tapi aku da rapat dengan diorang mcm da kenal 3 tahun.hehehe Ni aku share sket gambar dorang.


Masing-masing kelaparan :)


Yeah...tgk kebulatan muka aku da cm bola sepak daa


Kak Wati and her husband *sorry..a bit blurry*


Kak err...*lupa nk tny nama*, Kak ika dan Ika....heee


Umi dan Cik Lin


Sambungan dari cerita atas. Da siap makan dan sembahyang maghrib. Lepak2 dan borak-borakla kejap. Masa tu aku amik kesempatan amik pic ngn FH. Ini hasilnya.


1st captured - mata sepet,bajet mata cina =_=


2nd captured - dia pandang tempat lain lak....mata aku lak yang tebesar lebih haih


Last captured - haaa...yang ni semenggah la sket dari atas2 ni...huhu

Okeh, sambung balik. Lepas sesi gambar-bergambar tu, aku ngn FH pon gerak sebab kteorg takleh nak lepak lama sangat sebab nk pergi pasar malam beli ayam uncle bob. Makcik aku da teringin sangat, tapi tak kesampaian sebab time kiteorg sampai kt pasar malam tu, orang da kemas-kemas dan bapak segala uncle bob pon da takde.

Nak jadikan cerita, aku soh FH aku hantar aku kt rumah nenek aku. Setiap hari big family aku akan berbuka kat rumah nenek aku, masing-masing bawak laukla. So ramaila sedara-mara aku kt dalam rumah tu. FH aku pon turunla salam ayah aku, dan tiba-tiba semua mata tertumpu kt FH aku. Kaget die...berpeluh-peluh aku tengok.huhuhu

Makcik2 aku da usik2 dia da...dia sempat salam cousins and pakcik2 akulaaa... Tiba-tiba, ayah aku ajak dia gi minum kat maple. Maksudnya satu keluarga aku laaa....bkn big family ea. Ni family aku je. Dia pn sempoi ikut je. Masa kat maple tu la parents aku ajukan beberapa soalan bonus. Muahahaha Nasik baik dia dapat jawab dengan ramahnya.

Okayla jugak aku tengok cara dia borak-borak dengan family aku. Abang aku diam je, terkesima seketika, aku pon tak tau nape. Kalau tak,dialah hero.....nak tnjuk samseng kt dpn FH aku lah,tapi tu semua cakap belakang. Bila da duduk sebelah2,haaaaa....amik kaw....satu patah perkataan pon tak kuar...hahaha

Lepas tu dia pon gerak balik. Otw, nak pulang tu, parents aku da macam bagi green light laaa...hehehe Aku pon senyum cm kerang busuk je... :D

Apa yang aku nak tekankan kat sini, aku rasa seronok sangat sebab dapat jumpa member-member kat KKM dulu. Lepasla rindu dorang kat aku. Eh2, lepasla rindu aku kat dorang. Hehehe

Dan tentang FH

Aku tak nak mengharap terlalu tinggi, takut tatkala sesuatu benda tak menjadi, aku takut aku akan merana. Bagi aku jika kami berusaha untuk kekalkan hubungan ini dan dia adalah jodohku, maka semuanya akan dipermudahkan. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Amin...

2 comments:

KakNim said...

Be happy & let ALLAH deals with the rest :D

Imaginary Girl said...

Yeah!totally agreed! :)