Sunday, 4 September 2011

Raya & Date bersama FH

SELAMAT HARI RAYA SEMUA~


Masih belum terlambat tuk aku ucapkan selamat hari raya, kan2?? Entry pasal raya aku tak buat pon, tapi aku nak buat entry pasal Raya dan Date bersama FH aku. Sekali harungla semuanya.


2/9/2011


Aku nak cerita pasal dah dua kali aku raya rumah family FH aku okeh. Aku baru pedajal die jmp family aku sekali, tapi die kenakan aku aku balik twice lak tu.huhuhu


First time raya, dala aku pakai blouse ngn jeans je. Pastu FH ajak aku g beraya rmh kwn dia. Adoiyai. Plan aku sebenarnya nak g bayar streamyx, cuci mimo, pam tayar dan semua perkara yang berkaitan dengan mimo.


Lepas dia dah pamkan tayar mimo dan selesai mimo dicuci, tetiba dia ajak aku g rumah kawan dia beraya. Dala aku pakai pon ala kadar je. Hadoi- hadoi...tu oke lagi, time nak balik, kena jumpa nenek, makcik-makcik, adik-adik dan mak dia. Hadoi kuasa dualaaa.... Harap-harap dorang tak reject aku lagi.huhu



Ni baju yang ak pakai masa raya tuh.


Oleh kerana dia pon pakai biasa-biasa je, so aku tak rasa awkward sangatlaa. Tapi perasaan awkward tu datang bila aku beraya kat rumah family dia. Tu pon sebab tak dirancang.huhu Okeh, cerita bab ni da habis.


4/9/2011


Tak lama lagi FH da nak masuk study balik, so aku pon ambil peluang untuk bersiar-siar dengan dia *padahal nak dating*. Aku ngn FH dah tak tau nak gi mana dah, semua Mall kiteorg dah serbu. Mesti ade yang pk *dating kat mall je*. Meh aku jawab, aku dating kat Mall JE sebab aku kena sampai kat rumah before maghrib, kalau tak, parents aku bising.


Bukan apa, mereka dah bagi kelonggaran tuk aku berdating, so aku kenala beragak. Nanti kang, tros parents aku reject. Alhamdulillah.... FH pun faham situasi aku macam mana, dia tak pernah nak desak aku keluar sampai malam ke, ape ke. Sebab tu family and BIG family pekenan kt FH.heee :D


Back to my topic pasal kt mall tuh, aku g Jusco Klang yang paling besar. Yup. Memang besar. Masuk-masuk je dah nampak tanda SALE. Demmm...cepat-cepat aku buat-buat tak nampak, sebab tengah keringkan.hehehe Then kiteorang tengok wayang cerita 'Hantu Bonceng'. Bagi aku 'bolehlaaaa'.


Pada mula ingat nak tengok cerita Final Destination 5, tapi sebab aku da gedik sangat nak tengok Hantu Bonceng tuh, FH pon ikutkanla kehendak aku. Habis je cerita Hantu Bonceng, kiteorg lari ke tiket kaunter nak tengok cerita Final Destination 5 lak, tapi tiket waktu terdekat dah habis, yang ada kol 5. So memang tak sempatla kan.


Lepas tu, kiteorg pergila makan. Makan adalah aktiviti wajib yek kalau aku dating. Masa tengah makan tu, aku terpk tuk karaoke sebab aku nampak cm de karaoke box berdekatan dgn wayang. Habis je makan, terus lari ke Karaoke Box. Bila aku tanya kt kaunter, amoi tu ckp 'lepas pukul 5 baru free'. AHHH...tak payahlah. Aku tengok pon banyak lagu cina je.


Tiba-tiba aku ternampak lak donut Big Apple! Pe lagi, aku ckp kt FH yg aku nak donut tu then kite lepak kat mana-mana taman. Kalau tak, aku gila dok lama-lama dalam Mall tuh. Nak tau sebab apa?? Sebab SALE laaa...


Then dia pon bawakla aku ke Taman Tasik Shah Alam. Lepas tu lepak-lepak sambil makan donut ngn air kotak. Sweetkan?? Sweetlaaa sangat. muahahahaha Aku jarang gila buat aktiviti camtu. Tapi bila buat semalam, cam bestla pulak. Sebabnya aku dapat spend masa aku lebih lama dengan FH. Then aku captured gambar time aku lepak dengan dia.


Inilah kerja aku dalam kereta. Dia drive, aku cam wore :)


Pemandangan dari Tasik Shah Alam


Minuman petang kami, sorang tiga. Tak main share-share. Nanti aku tak cukup.hahaha


Bajet muka serius :p


Aku sentiasa bergaya,lagi-lagi tang amik gambar :)


Dia jadi mangsa tuk mengambil pic aku. harharhar


Si tinggi lampai yg cover hensem


Si katek yang ceria


Ala-ala Kim Kardashian dgn Kris Humphries.hahaha

Bila tengok je semua gambar ni balik, rasa rindu ada, rasa kelakar ada dan macam-macam rasalah.hehehe Raya kali ni memang best!

Oke. Babai!

2 comments:

KakNim said...

Cute couple :D

Imaginary Girl said...

tq kak fati yg cute gak! :)