Saturday, 27 August 2011

Bermaaf-maafan

Assalamualaikum~

Tak lama lagi nk raya kan??kan?? Rasa tak sabar okeh! Perasaan aku sekarang ni tengah bercampur-baur. Geram ade, sakit hati ade, guilty ade dan macam-macamlah.

Semalam aku hantar satu kata-kata maafan kepada ex-bff aku. Kalau sapa yang tau tu, senangla nak faham tapi kalau siapa tak tahu tu, takyah teka sangatlah.

Aku pon taipla ayat minta kemaafan aku. Then, tadi aku on YM, dia tulis kt status YM dia, dia takkan maafkan aku until her last breath.

Lantas, aku balas kt YM dia, aku cakapla 'kalau kau tak nak maafkan aku, takpe, apa yang penting, aku da lakukan kewajipan aku sebagai umat islam untuk meminta maaf '

Dia balas 'sorry...aku takkan maafkan ko' Perhhhh, menusuk kalbu kot. Tapi aku relax lagi, aku balas ' sedangkan Nabi pun ampukan umat '. Dia lak balas ' i'm not Nabi'

Aku ape lagi....bercerita la pasal firman Allah yang memafkan manusia tu. Terus dia diam. Lepas tu, aku call FH aku, aku cerita kat dia pasal kes tu, aku tanya pe status aku sekarang?? adakah aku masih lg salah?? FH aku cakap, ' Tak, sebab kita dah minta maaf tapi jika orang tu tidak memaafkan si pemaaf, itu adalah antara dia dengan Allah'

Apa yang membuatkan aku berfikir, kenapa dia hanya pandang pada kesalahan orang lain, tidak pada dirinya??hurm.... kalau ikutkan keegoaan aku atau nak mengungkit, banyak lagi kesalahan dia terhadap aku tapi aku buang ego aku sebab aku sedar 'nobody's perfect'. Aku juga sedar aku adalah hanya makhluk Allah yang tidak sempurna dan menjadi tanggungjawab aku untuk meminta maaf.

Okeh, aku rasa lega sedikit sebab aku da jalankan tanggungjawab aku sebagai umat islam. Then aku google pasal firman Allah dan aku lebih yakin apabila baca firman-firman tersebut.
Alhamdulillah. Ini antara petikan yang aku copy paste dari blog seseorang. Mari kita renung-renungkan.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)

“Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri.”
(Hamka)

“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”.
(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

“Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat”.
(HR. Bukhari dan Ahmad)

Firman Allah SWT:
“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
(Surah Ali-Imran:134)

Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi Muhammad SAW.

Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”
(Luqman Al-Hakim)

Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.

Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)

“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda”
-pesanan dr Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
http://feryco.com/indahnya-kemaafan

4 comments:

KakNim said...

WHoaaa girl!!! this is a good one ;D To forgive & forget is the way. Dalam kes ur 'friend', i bet she needs lonnngggg time to heal. Kalau dia x forgive, then it's her problem. But u already did the right thing, that's the most important part :D

Imaginary Girl said...

thanks kak fati, komen akak buat sy rasa lebih lega...yup,i already did my part and the rest depend on her.

Lya oh Lya said...

aku maap kan kau pika. Eh. *tibatiba :) Lantak la pika, orang macam tu abaikan je.hikhik

Imaginary Girl said...

hehe..aku minta maaf kt ko jugak lya and thanks sbb sudi memaafkan aku. Yup,ckuplah tuk kali tu je, malas mau dipikirin lagi.huhu