Saturday, 5 May 2012

Dimana Kisah Donggengku?

Aku memang suka mereka kisah donggeng dan siapa kata tak wujud?? Ia sebenarnya memang wujud cuma bukan pada diri kita buat masa ini. Mungkin ia sedang dilalui oleh orang lain.  Aku dah terjumpa sepasang pasangan ni, sama cantik dan sama padan. Dua-dua macam model, kerja mantap dan background family, not bad.  Kehidupan mereka juga seolah-olah dalam cerita donggeng yang aku impikan selama ini.  Kini mereka juga telah berkahwin. What a perfect life!

Tipulah kalau aku tak cemburu. Semestinya aku cemburu.  Setiap kali aku tengok photo-photo mereka, aku rasa sangat cemburu dan ada sesuatu yang selalu bermain difikiranku, kenapa dan kenapa? Terlalu banyak persoalan yang bermain di minda. Erk?dah macam lagu Najwa Latiff pulekkk. Ok, seriously, aku akan membandingkan life aku dengan mereka.  Kadang-kala ia membuatkan aku berasa tidak bersyukur.  Aku selalu fikir, kenapa aku percaya kepada kisah donggeng tetapi dimiliki oleh orang lain?Sounds pathetic right?

Lama aku fikirkan benda ni.  Kadang-kala aku luahkan isi hati aku kepada kawan-kawanku.  Mostly gave the same opinions.  Mereka mengatakan aku terlalu membandingkan dan terlalu mahukan kesempurnaan.  Memang betul, mungkin aku terlalu memikirkan kesempurnaan. Yelah, dalam cerita donggeng semuanya adalah sempurna. Then when comes to real life, i thought the same thing too but i was wrong.  Ia wujud tapi orang lain memilikinya buat masa ini.

Kini aku bermuhasabah diri.  Aku cuba memikirkan dan mengimbau sejenak apakah yang menjadi kekurangan dalam hidup aku.  Aku mempunyai keluarga yang ceria. aku mempunyai pasangan yang memahami. aku mempunyai kawan-kawan yang sentiasa menyokongku. Maybe it wasn't perfect at all but at the same time it wasn't least.  Mungkin aku tidak secantik dia dan mungkin pasanganku tidak segah pasangannya tetapi ia cukup bagi sempurnakan hidupku.

One thing i think about is married.  Sometimes i think i was ready to be someone wife but i'm afraid of commitments.  He still studying and i'll waiting for him and i'm sure there's reward for us. Mungkin pada masa ini, cerita donggeng tu tidak berpihak kepada kami tapi aku percaya bahawa kebahagiaan akan menantiku di di suatu sudut.  Akhirnya cerita donggeng itu akan dimilikiku jua. Insyaallah.