Monday 24 September 2012

Lupa Diri

Setelah sekian lamanya aku tak mengadap blog aku ni.  Dah jd mcm rumah tinggal pun hado.  Lately aku busy dengan kerja, aktiviti-aktiviti fakulti, kelas dan lain-lain.  Dalam tahun ni juga aku dah menghadapi banyak perkara, ada suka ada duka.  Aku cerita part suka dululah.  Part yang paling aku suka aku dapat APC iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.  Aku agak terkejut sebab baru pertama kali dinilai, tiba-tiba nama aku tercalon tapi dah nama pun rezeki.  Kita kena bersyukur dengan apa yang diberikan.  Kemudian baru-baru ni aku dapat interview untuk tetap.  Memang dah lama aku tunggukan saat-saat ini dan alhamdulillah aku dapat juga untuk interview tu.  Ouh, Nadia pun dapat juga. So aku harapkan yang terbaik untuk kami berdua.  Since aku kerja di Foodtech, flow hidup aku menjadi lebih lancar.  Senang cerita aku berada di dalam zone yang selesa.  FH aku juga sentiasa sabar melayan kerenah aku.  Kesimpulannya aku tiada masalah dengan kerja, boss, cinta, keluarga, officemates, kawan-kawan dan segala-galanya.  Memang aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada sekarang ini.  Kalau pagi-pagi pergi office tuh, aku rasa happy.  Berjalan dengan penuh keyakinan sambil terukir senyuman di wajah.  Ala macam dalam drama-drama kat TV tuh. Everything just go with the flow.  Nothing to worry about. TETAPI

Lama kelamaan aku menjadi lupa diri, alpa dan sebagainya.  Kadang-kadang aku rasa macam tak pernah cukup dengan apa yang aku ada sekarang.  Ini disebabkan aku berada dalam zon selesa.  Memang betul cakap orang 'life without challenges is nothing'.  Aku akui benda tu sebab jika semuanya berjalan dengan baik ia akan membuatkan kita lupa diri.  Mana yang sentiasa bersyukur, sifat lupa diri ini tidak akan timbul dalam diri manusia tu.  Tapi aku dalam golongan yang cepat lupa diri.  Baru-baru ni aku menghadapi masalah dengan FH disebabkan perangai aku sendiri.  Aku terlalu selesa dalam hubungan tu dan aku mula membuat perangai.  Aku suka mendesak, perangai keanak-anakan aku yang sukar dikawal dan cepat merajuk.  Tiba-tiba sesuatu perkara buruk telah berlaku kat aku.  Masa itu baru aku sedar bahawa aku dah mula lupa diri dan mungkin aku terlalu menguji tahap kesabaran dia.  Masa itu aku rasa aku telah kehilangan seseorang yang sangat berharga selain family dan teman rapatku.  Dia sentiasa berada dengan aku dikala aku mula dari bawah.  Apa yang aku ada sekarang adalah kurniaan dari Allah dan dia juga sentiasa menyokongku dikala aku susah atau senang.  Bila aku kehilangan dia seketika, hidup aku seolah-olah terhenti.  Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan.  Aku sedar ia adalah silap aku dan sifat aku yang sentiasa keterlaluan.  Aku mula bermusahabah diri dan aku minta maaf atas segala yang telah aku lakukan pada dia.  Walaupun kehilangan dia hanya sehari tetapi aku bayangkan aku akan kehilangan dia untuk selama-lamanya..

Mungkin terjadinya benda ini untuk menyedarkan aku bahawa siapakah aku sebelum ini.  Tanpa dia aku tak akan berada di mana aku berada sekarang.  Aku amat menyesal dan aku telah sedar bahawa aku perlu bersyukur dengan apa yang ada di depan mata.  Ini kerana dia bukan sekadar lelaki biasa yang pernah aku kenal.  Dia tidak pernah mengambil kesempatan ke atas diri aku.  Kawan-kawan aku pun dapat menilai dia sebagai seorang lelaki yang baik.  Aku belajar untuk bertolak ansur, bersabar dan mengurankan ego aku yang tinggi tahap gaban ni.  Alhamdulillah, kini semuanya telah pulih seperti sedia kala.  Kini aku cuba tidak akan lupa diri lagi. Aku akan sentiasa beringat bahawa hidup tidak akan senang sentiasa.  Aku juga bersyukur jika apa-apa kelebihan yang telah Allah kurniakan.  Kadang-kadang kita tak dapat lihat akan kelebihan yang kita ada, tetapi orang lain yang akan dapat menilai dan lihat terhadap apa yang kita ada.  Mereka mengatakan bahawa hidup aku sangat beruntung dan murah rezeki.  Aku terlalu buta dan alpa kerana terlalu selesa dengan kehidupan duniawi.  Ingatlah teman, kita hidup bukan hanya untuk diri kita seorang,  kita hidup saling bergantungan dan tanpa sokongan dari belakang, adalah sukar untuk kita berjaya.  Jangan mudah lupa diri jika kita dalam berada kesenangan.

Akhir sekali pesanan dari aku :-


Saturday 5 May 2012

Dimana Kisah Donggengku?

Aku memang suka mereka kisah donggeng dan siapa kata tak wujud?? Ia sebenarnya memang wujud cuma bukan pada diri kita buat masa ini. Mungkin ia sedang dilalui oleh orang lain.  Aku dah terjumpa sepasang pasangan ni, sama cantik dan sama padan. Dua-dua macam model, kerja mantap dan background family, not bad.  Kehidupan mereka juga seolah-olah dalam cerita donggeng yang aku impikan selama ini.  Kini mereka juga telah berkahwin. What a perfect life!

Tipulah kalau aku tak cemburu. Semestinya aku cemburu.  Setiap kali aku tengok photo-photo mereka, aku rasa sangat cemburu dan ada sesuatu yang selalu bermain difikiranku, kenapa dan kenapa? Terlalu banyak persoalan yang bermain di minda. Erk?dah macam lagu Najwa Latiff pulekkk. Ok, seriously, aku akan membandingkan life aku dengan mereka.  Kadang-kala ia membuatkan aku berasa tidak bersyukur.  Aku selalu fikir, kenapa aku percaya kepada kisah donggeng tetapi dimiliki oleh orang lain?Sounds pathetic right?

Lama aku fikirkan benda ni.  Kadang-kala aku luahkan isi hati aku kepada kawan-kawanku.  Mostly gave the same opinions.  Mereka mengatakan aku terlalu membandingkan dan terlalu mahukan kesempurnaan.  Memang betul, mungkin aku terlalu memikirkan kesempurnaan. Yelah, dalam cerita donggeng semuanya adalah sempurna. Then when comes to real life, i thought the same thing too but i was wrong.  Ia wujud tapi orang lain memilikinya buat masa ini.

Kini aku bermuhasabah diri.  Aku cuba memikirkan dan mengimbau sejenak apakah yang menjadi kekurangan dalam hidup aku.  Aku mempunyai keluarga yang ceria. aku mempunyai pasangan yang memahami. aku mempunyai kawan-kawan yang sentiasa menyokongku. Maybe it wasn't perfect at all but at the same time it wasn't least.  Mungkin aku tidak secantik dia dan mungkin pasanganku tidak segah pasangannya tetapi ia cukup bagi sempurnakan hidupku.

One thing i think about is married.  Sometimes i think i was ready to be someone wife but i'm afraid of commitments.  He still studying and i'll waiting for him and i'm sure there's reward for us. Mungkin pada masa ini, cerita donggeng tu tidak berpihak kepada kami tapi aku percaya bahawa kebahagiaan akan menantiku di di suatu sudut.  Akhirnya cerita donggeng itu akan dimilikiku jua. Insyaallah.


Saturday 14 January 2012

Fairytale Story lame?Make it New!

Do you trust of happy ending? Some people doesn't trust of it but i'm not one of them. I keep my journey with pray and vigor to have my happy ending. I was just thinking why must have happy ending in every fairytale stories? We din't know what happen after the end of the story. Like Cinderella, she's married with her prince charming but we didn't know is she happy with her life after married. Can she be a good princess? because she just an ordinary girl turn to a princess. We didn't know what happen on next chapter. The author created a good story for us which we all know at the end, every couple will have their happy ending. For the next chapter, the couple will keep on the journey or they will quit? We never know.

In real life, it might be tough to have a good story as the author create. Money, love, ambition, aim, responsibility will be a part of our story. No castle, no potion, no prince and princess and there is no animals can talks and sing. I almost gave up with my 'lalaland' because i realized i lived in reality not in fairytale story. I'm not a princess and my boy not a prince. We are not living in castle and no tiara.

BUT all of that things will not give me reasons not to find my happiness. Some people say happiness is a journey not a place. So are with 'happy ending'. Why there should have 'the end' if you are happy. I chose to have my happiness without ending. On my next chapter (after married), maybe i'll through the sadness but i'm not alone. Even though my boy is not a real prince, but he will give me a strength. Yes, we will not live in castle but my an ordinary house will be my lil castle with full of harmonies. There is no animals can sing but my kids can sing a good song for me.

Cinderella, Sleeping Beauty, Snow White, Beauty and the Beast, Rapunzell, Lil Mermaid, Mulan, Aladdin was a lame fairtytale stories. I'm not a servant clean up the mess like Cinderella, i'm not sleeping beauty which sleeping all night long, I'm not fools as a snow white, ate a poison apple. Of course i'm not Rapunzell with the long hair, what a mess?

I'll have my fairytale story with new version. I can be a career princess and so are you. Dare to dream and make it real. It is not illegal for you to dreaming. Those people call you crazy, just let them be. The fact is, they crazy because they have no dream. You can be any princess you want to be but in other way. As Cinderella said 'if you keep on believing, the dream that you wish come true'.What i'm dream off? I'll be a career princess and hoping my story will be better than Disney stories. The End


Let's do some changes! From lazy princess to smart princess :D

Wednesday 11 January 2012

Kau ingat kau hot?

This is the way you like. Hot kan?

Wah!tajuk takleh blah. Tak pernah aku buat entry panas2 macam ni, dan buat kali pertamanya aku telah mencalarkan Lalaland aku dengan cerita panas2.ece!Hari ni, aku update satu status yang agak panas kat FB. It sounds like this "Tak baik mainkan hati orang. Hari ni mungkin hari kau tinggalkan orang, hari lain orang akan tinggalkan ko. Pastu tak payah nk kesal bagai, teringat bagai, meroyan bagai. Hidup ni karma. Sekian."

Aku point status tu kat seorang je. Nama dia tak perlulah aku nk tulis kat sini. She's pretty outside but ugly inside. Eh2, jap2, cantik ke? hot ke?hahaha Dari dulu lagi aku tengok je status update dia kat FB. Kejap sayang, pastu tiba-tiba je benci, dan2 clash, pastu kapel balik. Pastu sok dok sayang2 balik, pastu benci, pastu clash, pastu kapel balik.Eerrk, aku tulis benda yang sama pon aku rasa dah bosan apa ntah lagi kalau dia selalu je update benda2 camtu kan?

Ramai lagi bercinta cik kak tapi takdela macam kau. Drama lebeh. Pastu apa pon tarak. Paling tak leh bla,ko kutuk2 bf kau,pastu sok tu,ko sayang bagai. Ko buang bf ko,pastu sok dok teriak sedih bagai. Agak2 ko rasa bosan, ko clash. Wah!senang btol hidup! Sape je laki yang dapat tahan ngan perangai ko yang psycho camtu? Kalau cantik tapi gila?.Aduh2~

Aku tau tu ko nyer wall and i don't mind at all (dululaaa) now i mind at all! Kau buat macam tu.kau memalukan kaum kau sendiri je. Seriously! pada mula kau buang balak kau, pastu sok tu kau dok merayu2 bagai, sedihla, sayangla, teringatla dan macam2laaaa. Kalau kau dah tau perangai ko tu seminit dua minit, tak payahla dok gegeh buat perangai camtu. Tak pon tak payah update kt FB.

Orang lain baca pon dah naik menyampah dah. Aku selalu je dok gelak2kan status minah ni tapi aku fikir yelah...fb dia kan...so why should i care? Now i really care! Tahap menyampah aku dah meluap2. Aku tak tau la kalau ada yang terasa lak kan? Sebab ramaila jugak yang update benda2 cenggini. Senang cter, sayang dan benci seminit dua. Terbaek! Tapi aku mmg point kt ko sorang je! Camne kau nak happy kalau perangai kau berterusan macam ni? Life just like karma. Karma will hit you back dear.

K.bai

Monday 2 January 2012

Hello2 2012 and Bye2 to 2011


What a lame blog. Kadang2 update, kadang2 tak update. Kadang2 byk cerita tp malas nk tulis, kadang2 tak tau nk tulis ape pn ade. Berapa byk kadang2 pon aku tak tau. Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun 2012. Dalam sedar tak sedar, dah meningkat umur aku. Adeh! Bab ni paling tak best sebab diri ni tak nak tua2.huhu Bajet muka muda kan. Padahal~

Masuk je tahun 2012 ni, macam spekulasi aku dengar. Ada kata pasal dunia nak kiamatlah, apalah. Bagi aku kiamat tu Allah je yang tahu. Kita perlu percaya pada hari kiamat tapi bila akan terjadi kita tak leh nak agak atau tilik. Tu bab spekulasi. Ni bab kawin lak, ramai kawan2 aku akan kawin or tunang by next year. Congrats to you guys. Rasa jeles pon hado.huhuhu

What i aim for 2012? Antaranya mau kurangkan berat badan. Nak kate kurus tu cam terlalu poyo sangatla pulak kan. So aku cakap kurangkan berat jela,kalau tak kurus, ada alasan...leh cakap nk kurangkan je bukan nak kurus.hehehe Aku mau jadi setiausaha yang berkaliber. Kalau boleh,aku nk ubah minded makcik2 kt tempat aku tu. Kalau bolehlaaa.

Dari segi belajar lak, aku ingin dapatkan pointer yang lebih tinggi dari sebelum ni. Mau jadi anak yang baik dan pecinta yang setia terhadap FH aku.ngeh! pencinta setia yang takleh bla tu.hehehe Tapi aku setia okeh. Last but not least aku harapkan semoga tahun 2012 ni adalah lebih baik daripada 2011. I gonna love new year.hehehe

Selamat tahun baru kepada blogers sekalian. Semoga azam anda tahun ini akan tercapai. Amin~