Thursday, 10 November 2011

CEMBURU


Assalamualaikum kalian :)

Sihatkah anda? Ye walaupun tak ramai yg baca blog aku neh, tapi aku tetap bayangkan ada orang yang baca. lalalala

Rasanya dah lama gila tak update blog ni!Hampir bersawang gakla!fuhhh~ (bajet tiup habuk)
Aku tak tau nak update pasai apa..dah takde idea kot. Walhal, banyak je benda buruk and baik lately tapi tak sempat kongsi sebab agak sibuk dengan pelbagai aktiviti.

Besok dah kena gi team building kat Bukit Gambang, Pahang. Alaa...kat taman tema air tuh. By next week dah ada final lak. Waaa....satu haprak pon aku tak baca lagi. Bajet hebat je aku ni. Adoi!Okeh aku terfikir nak cerita satu perasaan yang sangat sangat sangatlah aku tak suka, iaitu CEMBURU.

Aku dari dulu lagi memang kaki cemburu. Kalau aku rasa cemburu terhadap sesuatu perkara, kadang-kadang kat luar muka poyo je, bajet cool la konon. Padahal dalam hati macam-macam cakap, sumpah-seranah pon hado gak. hehehe Perempuan memang tak lari dari sifat cemburu, kan?? Don't deny it~

Cemburu tu banyak jenis. Kadang-kadang cemburukan kaum sejenis, which is cemburu pompuan dengan pompuan. Cemburu dengan lelaki tu, mesti pasal percintaanla kan? Ni aku cakap bagi pihak wanita laaa.. Bagi pihak lelaki tu aku tak tau. Aku rasa lelaki lebih kepada selamba atau cool. (padahal same je maksudnya)

Aku mengaku kadang-kadang aku cemburu terhadap kelebihan orang lain. Rasa ada je tak puas hati. Tapi lama kelamaan, ada benda yang buatkan aku sedar betapa bertuahnya hidup aku dan aku perlu bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni.

Cemburu yang paling ketara adalah dalam hubungan percintaan. Sebelum ni, aku tak rasa cemburu pun, sebab aku tau orang lain tak pandang dia, sebab dia hensem kat mata aku je.hehehe Tapi bila anasir-anasir luar dok gatai, barulah aku sedar bahawa persepsi aku tu semestinya salah!

Masa tu laaa aku rasa cemburu gila nak mampos. Padahal takde benda pon. Tapi hati aku
ni, dah macam gunung berapi dah, tp cam aku cakap tadi,bajet senyum jee...Mulai dari situlah,aku asyik dok pk bukan-bukan, pastu hati pon tak tenteram. Lama-lama rasa tak puas hati, aku tanya sendiri FH aku sapekah anasir itu? Dia pon dengan cool menjawab "tu member masa poli".

Masa tuh aku tengah jogging dengan dia. Sambil lari-lari anak tu,aku dok interviewla dia. Aku suka selesaikan masalah dengan cara camni. Aku dapat tau kebenaran dari mulut dia and i know he's not lie. Balik dari jogging tu aku dah rasa lega sikit dah. Pastu kawan aku dok nasihat aku. Dia kata jangan terlalu sangat ikut emosi atau perasaan cemburu tu. Benda tu boleh membawa kepada pergaduhan, ketidakpercayaan dan merimaskan!

Menusuk kalbu kot pe yang dia tegur tu. Lepas tu, aku mula berfikir, betul jugak ape yang kawan aku dok nasihat tadi. Buat apa nk fikir bukan-bukan sangat, sedangkan tak ada apa yang berlaku. Aku je dok gegeh lebih. Ish-ish Mulai dari sekarang, kalau boleh, KALAU BOLEH laaa...aku nak jauhkn rasa cemburu atau syak wasangka aku. Benda yg tak baik, tak payahla kita amalkan.

Apa yang buat aku terharu, FH tawarkan air dengan bacaan ayat kursi dan surah2 lain yang dibacanya sendiri. Aku seringkali sakit dada lately dan lepas je aku mengadu, cepat-cepat dia tawarkan air mineral tu dan dia suruh aku minum. Sebelum minum, kena selawat dulu. Itu pesanan dari FH.Alhamdulillah....aku bersyukur kerana Allah menghadirkan dia dalam hidup aku. Walaupun nampak kecil pemberian tu tak seperti sejambak bunga atau hadiah-hadiah yang lain tapi aku rasa ia sangat bermakna.Syukur ke hadrat ilahi sekali lagi.

No comments: