Monday, 24 September 2012

Lupa Diri

Setelah sekian lamanya aku tak mengadap blog aku ni.  Dah jd mcm rumah tinggal pun hado.  Lately aku busy dengan kerja, aktiviti-aktiviti fakulti, kelas dan lain-lain.  Dalam tahun ni juga aku dah menghadapi banyak perkara, ada suka ada duka.  Aku cerita part suka dululah.  Part yang paling aku suka aku dapat APC iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.  Aku agak terkejut sebab baru pertama kali dinilai, tiba-tiba nama aku tercalon tapi dah nama pun rezeki.  Kita kena bersyukur dengan apa yang diberikan.  Kemudian baru-baru ni aku dapat interview untuk tetap.  Memang dah lama aku tunggukan saat-saat ini dan alhamdulillah aku dapat juga untuk interview tu.  Ouh, Nadia pun dapat juga. So aku harapkan yang terbaik untuk kami berdua.  Since aku kerja di Foodtech, flow hidup aku menjadi lebih lancar.  Senang cerita aku berada di dalam zone yang selesa.  FH aku juga sentiasa sabar melayan kerenah aku.  Kesimpulannya aku tiada masalah dengan kerja, boss, cinta, keluarga, officemates, kawan-kawan dan segala-galanya.  Memang aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada sekarang ini.  Kalau pagi-pagi pergi office tuh, aku rasa happy.  Berjalan dengan penuh keyakinan sambil terukir senyuman di wajah.  Ala macam dalam drama-drama kat TV tuh. Everything just go with the flow.  Nothing to worry about. TETAPI

Lama kelamaan aku menjadi lupa diri, alpa dan sebagainya.  Kadang-kadang aku rasa macam tak pernah cukup dengan apa yang aku ada sekarang.  Ini disebabkan aku berada dalam zon selesa.  Memang betul cakap orang 'life without challenges is nothing'.  Aku akui benda tu sebab jika semuanya berjalan dengan baik ia akan membuatkan kita lupa diri.  Mana yang sentiasa bersyukur, sifat lupa diri ini tidak akan timbul dalam diri manusia tu.  Tapi aku dalam golongan yang cepat lupa diri.  Baru-baru ni aku menghadapi masalah dengan FH disebabkan perangai aku sendiri.  Aku terlalu selesa dalam hubungan tu dan aku mula membuat perangai.  Aku suka mendesak, perangai keanak-anakan aku yang sukar dikawal dan cepat merajuk.  Tiba-tiba sesuatu perkara buruk telah berlaku kat aku.  Masa itu baru aku sedar bahawa aku dah mula lupa diri dan mungkin aku terlalu menguji tahap kesabaran dia.  Masa itu aku rasa aku telah kehilangan seseorang yang sangat berharga selain family dan teman rapatku.  Dia sentiasa berada dengan aku dikala aku mula dari bawah.  Apa yang aku ada sekarang adalah kurniaan dari Allah dan dia juga sentiasa menyokongku dikala aku susah atau senang.  Bila aku kehilangan dia seketika, hidup aku seolah-olah terhenti.  Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan.  Aku sedar ia adalah silap aku dan sifat aku yang sentiasa keterlaluan.  Aku mula bermusahabah diri dan aku minta maaf atas segala yang telah aku lakukan pada dia.  Walaupun kehilangan dia hanya sehari tetapi aku bayangkan aku akan kehilangan dia untuk selama-lamanya..

Mungkin terjadinya benda ini untuk menyedarkan aku bahawa siapakah aku sebelum ini.  Tanpa dia aku tak akan berada di mana aku berada sekarang.  Aku amat menyesal dan aku telah sedar bahawa aku perlu bersyukur dengan apa yang ada di depan mata.  Ini kerana dia bukan sekadar lelaki biasa yang pernah aku kenal.  Dia tidak pernah mengambil kesempatan ke atas diri aku.  Kawan-kawan aku pun dapat menilai dia sebagai seorang lelaki yang baik.  Aku belajar untuk bertolak ansur, bersabar dan mengurankan ego aku yang tinggi tahap gaban ni.  Alhamdulillah, kini semuanya telah pulih seperti sedia kala.  Kini aku cuba tidak akan lupa diri lagi. Aku akan sentiasa beringat bahawa hidup tidak akan senang sentiasa.  Aku juga bersyukur jika apa-apa kelebihan yang telah Allah kurniakan.  Kadang-kadang kita tak dapat lihat akan kelebihan yang kita ada, tetapi orang lain yang akan dapat menilai dan lihat terhadap apa yang kita ada.  Mereka mengatakan bahawa hidup aku sangat beruntung dan murah rezeki.  Aku terlalu buta dan alpa kerana terlalu selesa dengan kehidupan duniawi.  Ingatlah teman, kita hidup bukan hanya untuk diri kita seorang,  kita hidup saling bergantungan dan tanpa sokongan dari belakang, adalah sukar untuk kita berjaya.  Jangan mudah lupa diri jika kita dalam berada kesenangan.

Akhir sekali pesanan dari aku :-


2 comments:

KakNim said...

Way to go, girl!!!

Imaginary Girl said...

Yup and i need to be strong and need lots of patients :)