Monday, 21 October 2013

Dapat Bunga dan Dress

Well, this is first time i received bouquet of pink roses. Dari siapa? Itu adalah rahsia. Dia merupakan salah seorang dari pencabar aku dan merupakan kawan aku. Pencabar? Cabaran apa? Well, it started when i was fat gila before. Dia penah tengok gambar aku masa aku kurus zaman poli dulu. Then, dia cakap 'aku cabar ko kurus, kalau kau kurus aku bagi hadiah'. Okay, aku ni pulak pantang dicabar. Aku pun sahutla cabaran dia. Aku lost weight 15kg within 3 month. Sooo~ Apabila aku dah berjaya, para pencabar pun perlulah menunaikan 'hasrat' mereka. Oh ya, ada 3 orang pencabar dan buat masa ni kesemua dari mereka telah pun menunaikan 'hasrat' untuk memberi hadiah tu.

Back to the topic pasal bunga and dress. Bunga ni konon-konon nak suprise la. Tapi time nak suprise tu aku takde sebab half-day. Dress pulak dari member aku yang lain.  Lepas dari kejadian ni, ramai dah takut nak cabar aku. Hahaha Yes! I made it. Next time aku akan cerita macam mana aku lost weight without take any supplement? Tak percaya kan? Percayalah!


                                      Muka batak 1st time dapat bunga :)


                                     Dress ni pulak pencabar lain yang bagi
  
Best jugak sesi cabar-mencabar ni. Aku jugak yang untung. Keh3 Okay, till we meet next session. Xoxo

XL to M

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang, duluku kembang sekarang ku disayang. Hahaha Epic! Thanks to adik Tegar sebab cipta lagu ni. Memang sesuai untuk semua jenis keadaan. Tapi kali ni aku nak share sedikit tips untuk kurangkan berat badan. Nak kata kurus pun bolehlah. Sebelum tu aku nak share gambar-gambar di suatu ketika dahulu. Jangan buat-buat terkejut ye anak-anak. :)









Besarkan aku dulu? Time tu aku rasa aku comel je. Cute-cute gitueww~ Tapi sekarang aku tengok balik gambar aku ni, rasa macam Ya Allah, kenapalah aku pernah gemuk sampai macam ni? Rasa teruk gila. Tapi oleh kerana semangat yang kuat dan pencabar yang baik hati nak bagi aku hadiah, aku pun buat dengan bersungguh-sungguh. Niat juga kerana Allah taala. Allah sentiasa mahukan yang terbaik untuk hambanya dan Allah tidak akan mengubah nasib hambanya melainkan hambanya sendiri. Masa ni aku dah cuba macam-macam ubat kurus, tapi tak jugak berkesan. Antara salah satu sebab aku cepat give-up, suka makan, dan memang tak ambil kisah pasal weight. Tapi bila aku shopping, banyak baju yang aku minat dah tak muat. Masa tu rasa 'Okay, memang tak boleh jadi' Bayangkan kalau dapat beli pon mesti baju yang aku tak berapa suka. Itu pun sebab muat je.

Setelah sedar dengan kegemukan aku yang melampau iaitu 70kg dan tinggi aku 150cm, barulah aku mula nak kurus balik. Kali ni tanpa ubat kurus. Pertama sekali, aku ucapkn terima kasih banyak-banyak kepada kawan aku yang bernama Jamaya. Dia yang kongsi dengan aku tips-tips workout. Diet aku bermula sebelum puasa lagi.  Aku cuba mengurangkan 'potion meal' aku daripada banyak kepada sedikit. Aku ikut tips Kevin Zahri. Nasi segenggam. Less carbo and more protein.  Malam-malam aku akan workout. Buat dalam bilik je pon. Aku buat squat, lunges, wall pumping, crunches dan plank. Peruntukan masa workout aku dalam 15-30 minit sahaja.  Masa puasa memang setiap malam aku pulun habis-habis. Satu malam tak buat rasa sangat sebersalah. Tapi ada juga hari yang aku rehat.  Ia adalah untuk rehatkan muscle aku.  Dalam masa 2 bulan tu jugak berat aku turun dengan cepat.  Baru aku sedar kadar metabolisma aku agak aktif dan tinggi. Sampailah sekarang aku telah pun cecah berat ideal iaitu 55kg. Aku aim 50kg tapi kawan-kawan dah bising tak kasi kurus lagi sebab kata kalau kurus cekeding sangat tak lawa. Haiyaaa... Macam mana mehh? Tengok keadaan dulu. Kalau boleh turun lagi, mau turun lagi. 

Hehehe Cakap pasal ubat kurus, boleh ambil apa-apa jenis ubat kurus tapi kena berhati-hati dan pastikan ianya diluluskan oleh KKM.  Selain tu ubat kurus tanpa senaman, agak kurang berkesan. Kalau nak nampak kesan yang lebih nyata, kena rajin bersenam. Dari makan ubat pastu tidur dan harapkan esok boleh kurus. Memang boleh blah.  Kunci paling utama, jangan putus-asa, set dalam minda bahawa anda boleh lakukan. Teruskan bersenam at leaset 2-3 kali seminggu or paling malas seminggu sekali la. Asalkan anda bakar lemak anda.  Bila makan tu, sentiasa berkata ianya cukup. Secara automatik perut anda pun akan berasa kenyang.  Minum air masak dengan banyak, ini adalah sangat penting! Kurangkan pengambilan air manis atau berkaitan dengan gula.  Dapat bezakan tak kurangkan dan tak makan langsung?  Sesetengah orang berfikiran diet tak makan langsung.  Tanggapan tu adalah salah.  Diet hanya mengurangkan pengambilan makanan yang anda biasa ambil sebelum ni.  Kalau sebelum ni dah biasa makan nasi satu pinggan penuh, tapi kalau diet makan satu genggam itu dah memadai. Kira kalori keperluan anda untuk satu hari. Contohnya kalau aku sehari dalam 3400 kal sehari, so i need to take less than that. Selalu aku peruntukan dalam 2000-2500 kal sehari. Kalau rajin checklah kal makanan yang korang nak makan kat Google. Aku dah naik hafal kal makanan tertentu. Bagi aku puasa juga merupakan salah satu cara yang sangat cepat untuk loose weight. Bila berbuka tu kena beragak, jangan main bedal semua makanan. Alang-alang anda dah jimat kalori anda, takkan nak tambah lagi kan?  Satu perkara yang aku jelas adalah bila anda rajin bersenam, bila makan lebih sikit je, terus perut anda memulas untuk 'membuang'.  Aku ajar jugak kawan-kawan yang lain senaman yang aku lakukan dan mereka juga mengalami pekara yang sama.  Bagus kan? Dari tersimpan dalam perut untuk beberapa hari.  Okay, jom tengok gambar yang sekarang. Taddaaa~~











Dan inilah gambar sebelum dan selepas. Fokus kat pp dahulu.hehehe

Bawah ni perubahan keseluruhan.


P/S: Sapa kata orang gemuk tak boleh kurus?? Meh habaq mai kat aku.  Kalau nak lagi semangat, suruh sapa-sapa cabar korang. Baru bertambah-tambah semangat.hahahaha

Friday, 21 June 2013

Dulu, Kini dan Selamanya


Zaman belajar di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam memang best! Dari situ aku belajar bagaimana nak hidup berdikari. Paling yang aku tak boleh lupa adalah semester 4 & 5.

Aku ada kawan-kawan aku aku sendiri or kiteorang namakan kumpulan kiteorg 5G laaa (Gila-Gila Gossip Girl Group). Pada mula 5 orang,then dua orang telah dikecualikan, nak kata disingkirkan cam ayat ganas la pulak. Aku takdela cakap aku je betol dorang salah tapi entahla manusiakan.

Semester 4, macam-macam hal berlaku. Itu aku tak nak cerita secara terperincilah tapi bila difikirkan balik moment-moment tu, kelakarla pulak. Dalam fikiran aku 'tak matangnyer lahai masa tu' then aku gelak sorang-sorang. Setiap manusia mempunyai 'pea'el' (betol ke aku eja??) yang tertentu. Aku pon ada ragam aku tersendiri jugak. Cuma semua orang pada masa tu masih lagi 'teens'. Apa-apa perkara yang berlaku mengikut kehendak hati bukan melalui fikiran.

Tapi kalau benda yang pelik-pelik tu tak berlaku,takdela jadi kenangan sampai skang erk?

For last sem which semester 5, itulah semester paling bebas kot. Nak tau kenapa?

Semester 5 aku duduk kat luar, dimana aku sewa sebuah rumah bersama-sama kawan-kawan aku. Atas rumah kayu, bawah rumah batu. Pastu time tengahari bilik aku jadi sauna sebab bapak panas.hahahaha Haiwan-haiwan liar,tak payah cakaplaaa...biawak pernah masuk rumah, kala jengking, katak, lipan dan macam-macam lagi. Tapi adat duduk tempat orang kan??Redha jela.

Mase semester 5 ni jugak, ade geng lagi satu, iaitu geng SOJO.hahahaha Perkataan Sojo kiteorang dapat dari satu jenama 'accessories' wanita, macam sikat, getah rambut dan lain-lain. Tapi bagi kiteorg nama tu sangat comel dan at the same time kelakar. Apa-apa je perlakuan yang kiteorg nak buat like makan,

Jom kite pergi sojo?? in other words Jom kita mengeteh??

Atau

Jom sojo?? in other words Jom tdo??

Pelikkan???perkataan Sojo ni terlalu komersial, leh guna untuk apa-apa maksud. Tapi kiteorag pandai teka laaa....agak-agak masing-masing lapa, kalau salah sorang ajak g sojo means g makan or mengeteh laaa...Okay, tak nak cerita banyak-banyak lagi, just check this out:-

SEMESTER 4


Muka bahagia dapat makan aiskrim (minum petang)


Bella!pasangan kontroversiku...hehehe


Kyra!The Malaysia Next Top Model :)


Wani!kiteorg panggil die manager dan dia tak suke ambil gambar ;)


Let me introduce you, 5G Group!except the right one ;)

Semuanya hanya tinggal kenangan.  Namun ia jadi kenangan yang berharga bagi aku. Nikmatilah zaman muda-mudi anda kerana kita tidak boleh kembali ke masa lampau. Unless u got time machine ;)