LEBANON!!or LUBNAN??tu bukan tempat famous dengan perang ke?? Yeah,i've been there 2 years ago. Pergi pon sebab ayah out-station dekat sana for 3 month, aku lak beraya kat sana selama 5 hari 4 malam. Benda ni memang dah lama, tapi masa tu aku tak berkecimpung lagi dalam dunia blogging, skang barula aku boleh share dan jadikan sebagai kenangan dalam hidup.
Lepas hari raya kedua, aku dengan mak aku terus berlepas ke Lubnan. Excited gila! yela, pergi luar negeri kan...(luar negerilah sangat)...hehe Masuk-masuk je dalam flight, minah-minah and pak arab jadi cm BATAK!you know y??korang bayangkanlaa, baru je masuk flight ni tiba-tiba sorang pak arab ni cakap kat sorang steward "excuse me, can u get me some water'?? aku rasa nak sound je dalam hati "weh, pak arab!tadi ko tak minum ke??" tapi aku sabar dan tengok je gelagat dorang...bukan mintak air je, macam-macam ah...da cam orang batak zaman purba dulu kala masuk flight.
Itu okay lagi, ni ada lak, yang nak duduk kaum kerabat dia je, bila ditegur elok-elok oleh steward, mengamok tak tentu pasal, pastu berkelakuan kurang sopan lak tu, siap sound-sound steward and stewardess lak. Haisshhh...masa tu aku da mula hangin...then baru aku sedar, aku dengan mak aku je penumpang Melayu, ada gak 2-3 orang lagi penumpang Malaysia, tapi chinese. Masa berlepas tu, kira-kira dalam 10 jam gak ar...so aku dengan mak aku ape lagi, mengumpat dalam bahasa Melayu laaa...dorang bukan paham sepatah haram pon...hahaha dorag tengok je aku dengan mak aku cakap bahasa melayu, yela bahasa lain dari dorang...WHO CARES??haishh...tersangat menyampah lak...
okay, then flight kiteorang transit kat Airpot Dubai, masa tu r aku tros kejar tandas!sebab aku tak berapa selesa dengan tandas dalam flight!!too err...senang cerita,tak selesa ah!lagi-lagi keadaan flight yang bergoyang-goyang. Nasib baik airport Dubai ada getah paip yang cukup selesakan aku,yela,sesetengah tempat just provide tisu je...memang aku tak reti!Aku kat airport Dubai dalam 45 minutes jugaklaa...pastu berlepas ke Lebanon. Masa sampai kat Lebanon tu, da pagi da. Aku nampak cam gurun,perhhh...scary gler...sampai-sampai je, aku tanya mak aku "mak,ni ke terminal Lubnan??" korang nak tau kenapa aku tanya camtu??sebab terminal dia cam rumah kedai....serius!pastu ayah aku da tunggu da kat aiport Lubnan.
FYI ayah aku kerja kat airport tu laa..ayah aku kena incharge passenger kat Lubnan tu. Then aku tengok ayah aku da kurus. Aku diam jelaa...okay, masa otw nak ke hotel, aku tengok askar-askar sana sini, kereta kebal, senapang. Memang gila ar..aku da pk bukan-bukan da time tuh, takot mati katak je sebab perang bila-bila leh meletus, kata ayah aku. Aku bertawakal jela...okay aku stop jap nak sharing gambar
Okay, teserlah kebahagiaan di muka aku
Nasib-nasib laaa...kadang2 sedap, kadang tak sedap
Arrived to Dubai
Terminal Dubai
Ni laaa gurun yang aku cakapkan tuh
Otw nak ke Hotel...da nampak pemandagan indah...
Okay, skang kereta kebal pulak...
Pemandangan dari Hotel
Continue...sampai je kat hotel, rehat jap, petang tu ayah aku ajak kuar jalan-jalan. 1st thing yang aku nampak, kereta kat situ semua mewah-mewah, mana ada yang cikai-cikai. Teksi dorang pon pakai mercs tau...senang cerita, memang susah nak jumpa kereta paling murahlah! Pastu ayah bawak aku and mak g makan kebab...nyum2~memang sedap...hehehe besar pulak tuh!tapi habis gak,prot aku cam tong kan...hehehe ayah bawak jumpa kawan-kawan Arab dia, then dorang ingat aku ni dari Indon sebab aku pakai shawl..ke...muke aku memang cam indon??err...
okay,kat sana dorang tak berapa reti sangat cakap englishlaaa...ada yang reti tu,senangla aku nk communicate, yang tak reti tu, banyak pakai bahasa isyarat (gerak-gerak tangan), yang separa reti tu, aku layan jela, cuma kena dengar betul-betul apa yang dorang sampaikan, example "eat?? gaya tangan buat-buat makan" ok, tuk maksud dia "sudah makan"? or "jemput makan". Bahasa takda masalah tp yang masalahnya orang kat sana SOMBONG kot...tak semua laa...ayah cakap, dorang tak berapa layan orang Malaysia sebab dorang anggap Malaysia LOW CLASS gitu~memang tak boleh blah...yela, mata wang dorang lagi tinggi dari kita, sebab tu 'eksyen' lebih...padahal tak ada apa pon yang nk dieksyenkan!then kat sana 50% Islam and 50% Kristian. Memang susah nak cam mana satu islam, mana satu Kristian, sebab muka sepesen jee.. tapi Jejaka kat sana, perghhhh...hensem tuuuu...muka kacukan...tp ayah cakap berhati-hati,yelah,adelah sebabnya kan??okay ni ade gambar lg.
Aku yang sentiasa Over...wink2
Me and Mom can't wait for kebab!
Juicy Barbar!kedai kebab yang famous!
Lihatlah...pelbagai jenis kebab ada...nyum2~
Yeah!semua tu aku punya!memang balun habis..hehe
Last chapter...i went for the trip...Trip to errr...lupa lah!tapi yang aku tau kiteorang masuk sempadan Lebanon and Iran....jambatan yang dorang dok berebut tuh...aku lalu r kat tepi tuh,dan jambatan baru telah dibina semula...okay, tiba-tiba aku cerita part klimaks. Ayah aku amikla satu tour package, dimana mereka sediakan tour guide yg GATAL! Ramah memangla ramah tapi gatal gila kot...dia seorang lelaki tua dan tidak reti berbahasa inggeris dengan baik,senang cerita dia jenis separa tahu laa...nak tau sebab apa aku panggil dia gatal?aku ingat lagi, aku penah jatuh, cepat-cepat dia angkat aku pastu siap nak bersihkan aku nyer bahagian *ss okay..siap tepuk-tepuk~OMG!cepat-cepat aku mengelak!grrr...dala panggil nama ayah aku "Sanjuk Ibrahim" padahal ayah aku Ishak Ibrahim...sabor jela...
Tak nak cerita pasal lelaki tua gatal tu..kat sana aku dapat kawan nama dia Sarah and Farah!!dorang orang Iran...dorang baik sangat!cantik pulak tuh!aku jeles gila dengan kulit dorang! flawless...dorang g trip tu just dorang dengan ayah dorang je. Nama ayah dia, Uncle Faik..heheeh Uncle Faik ni pon baik, he can speak well. Sarah merupakan kakak dan Farah adalah adik. Sarah ni leh cakap english r gak, tapi adik dia tak reti, so ayah dia tukang translate kan..hehehe dorang memang ramah...best sangat!g mana-mana mesti dengan diorang..hehe hurm..kalau bab makan, yang aku tak boleh lupa, time lunch!dorang sediakan makanan dorangla kan...tercari-cari gak laa aku nasi..tapi jangan haraplah!bak kata uncle Faik "Malaysia always rice and rice, breakfast rice, lunch rice and dinner also rice" tergelak-gelak aku dengar,kemain dia perli...huhuhu makanan yang dorang sediakan untuk lunch adalah, kacang-kacang yang dikisar,jadi yogurt, dimakan dengan roti,salad-salad,buat zaitun dan macam-macamlah. Pada mula bolehla telan pastu aku takleh telan lagi laaa...nasib baik, dia kuarkan daging cucuk-cucuk tuh,ala mix with vege tuh...cocktail ke?entahlah...tapi memang sedap!pe lagi, aku makan jela daging and ayam tuh!dorang tengok aku pelik je,sebab makan benda tuh, dorang tak makan sangat pon, nampak sangat aku pelahap!hahahaha
Macam-macam tempat aku pergi, tapi aku da tak hengat pe nama-nama tempat tuh!balik je dari trip tuh, aku diajak bergelek dalam bas. Dorang pasang lagu arab yang gelek-gelek tuh....aku pon gelek jela...hahaha sampai de orang iran ni tanya "are you a dancer??" wakakaka kelakar gila kot!tapi memang best laa...enjoy gila!
ouh,de sorang lagi aku nak cerita, actually dua orang,de dua adik bradik neh,kembar, sorang mustaphar and sorang lagi musthazar. Aku rapat sket dengan musthazar,walaupun die tak brapa reti speaking tp hensem tuh...hehe masa nak balik tuh,dia borak-borak dengan aku, dia kata nama aku sama dengan nama makcik dia..and FYI name aku gak sama dengan nama uncle Faik's mother...omg!baru aku tau,nama aku tu nama heritage,sebab tu jadi common nama tuh. Okay back to our topic bout mustazhar, masa borak and tengah jalan-jalan tu, tiba-tiba dia cakap "I MISS U" aku pon errr....errrr...what he's trying to say??adakah dia ingin mengatakan "I'M GONNA MISS U"??tp dishortcutkan jadi "I MISS U" ala cam kes "EAT??" tadi tu laaa...hehe spontan aku cakap, "I'M GONNA MISS U TOO" tiba-tiba dia senyum ala-ala shy2 cat gitu..memang comellah!hehehe mase tu parents aku dengar plak...tiba-tiba mak aku usik "hye...mak dapat menantu orang Iran laa nampaknyer" nasib baik mamat tuh tak paham, kalau tak malu kot aku.huhu okay aku kasi pendek ini cerita sebab bapak panjang gila,kalah novel...aku blik dari trip tu,aku sempat tukar gelang dengan Farah.
Apa-apa pon,ia menjadi kenangan yang sangat best!!sebab dapat jumpa macam-macam jenis ragam...Masa nak balik ke Malaysia, aku ditegur oleh seorang Arab ni di Terminal Lubnan,tapi dia tegur baikla... aku kan pakai blouse lengan pendek, tapi pakai tudung, memang salahlaa kan..tapi aku ni masih lg ting tong..so aku kene tegur la,kena pakai lengan panjang. Ayah cakap, kat sana, kalau nak seksi, biar seksi habis, kalau nak tutup biar tutup habis. Dorang tak boleh terima half-half neh..PADAN dengan muka aku la kan...sapa soh cari nahas...hehe so siapa-siapa yang nak pergi sana, perlulah jaga etika pakaian walaupun ia adalah negara bebas.. Dan-dan, aku amik handsock aku, tros pakai... Disini, aku lampirkan beberapa photo sebelum aku tamatkan NOVEL aku ini...hahaha
Muka excited!!
Aku lupa name masjid ni, tapi memang ada sejarah tersendiri
Ni laaa jambatan yang depa dok berebut tuh
Rumah di ceruk-ceruk bukit
Ni merupakan batu yang paling LAMA di DUNIA
Uncle Faik,Mom, Farah, Sarah and me
Ni tour guide yang gatai tuhh
Ni r kebab cheeeeeseeee yang TERBAEK penah aku ase!!
Mana-mana je, ada je muka ko...haishh
Kenangan bergambar di kawasan tinggalan Rome
Bayangkan...macam mana laaa dorang buat semua ni...
Ewah-ewah..sempat pose lagi tuh!
Tiba-tiba aku rasa aku berada di zaman Hercules!hehehe
Kawasan tinggalan Rome memang luas...
I can see my cute tummy =)
Exhausted...but still smile
Ramai gila visitor~
Just wondering...what kind of tools they used for carving this monument
Akhirnya...kami berjaya menawan BATU PALING LAMA DIDUNIA
Yeah!muat-muat aja!
Muke kerek, padahal bergambar kt kubur je pon
Kubur pejuang rome (main petik je aku neh,sbb ingat2 lupa)hahaha
Ni abang Mustazhar...name die Mustafa...muke Mustahzhar lbih kurang je,cume die kurus sket dr abg dia,mustazhar takda sebab die pemalu,aku je tak reti malu!hahaha
Muka aku kene Sunburn!padahal cuaca kt sana sejuk kot!ko memang da hitam pika -.-
Meals for lunch~nyum2~
Scenery yang SANGATLAH CANTIK!kalau ada photographer neh, dah macam-macam sudut dia amik
Kat sini memang banyak kedai makan
Dalam ni ada telaga mata air tapi tak sempat masuk sebab kesuntukan masa
Tengok dari jauh jelaaa
Heaven of foods...tapi balik bilik aku cari maggie gak -.-
Catwalk pulak...
Masa ni blom kena tegor lagi
Dan-dan pakai handsock..sbb da kena tegor..huhu