Thursday, 30 June 2011

Pengarah PSIS Meninggal Dunia


Gambar kenangan bersama allahyarham En. Dzulkifli Bin Ismail
(Bekas Pengarah PSIS)


Innalillahiwainnailaihirojiun..... Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah...


Aku dapat tahu berita ni, baru je petang ni. Itu pon sebab aku terbaca wall post member aku kat FB. Aku juga mengetahui berita ini setelah menjenguk FB Setiausaha Psis. Ini antara description yang aku copy paste dari wall FB Setiausaha Psis:


Assalamualaikum Dan Selamat Pagi... Dukacita Dimaklumkan Bahawa Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, En Dzulkifli Bin Ismail Telah Menghembuskan Nafas Terakhir Beliau Di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam, Selangor Kira-kira Jam 11.10pagi tadi... Sama-samalah kita Sedekahkan Al-Fatihah Keatas Roh Beliau Semoga Beliau Ditempatkan Dikalangan Orang-orang Yang Beriman...


Arwah meninggal dunia pada 29/6/2011, which is by yesterday. Punca pemergian arwah, itu tidak diketahui. Tapi ada juga yang mengatakan punca kematian adalah sakit jantung, wallahualam bissawab....


Apa yang membuatkan aku terkesima seketika apabila megenangkan zaman poli aku dibawah
seliaan arwah. Dia merupakan seorang yang agak tegas dan berdisiplin. Masih terngiang-ngiang di ingatan aku dimana aku sempat bergambar dan berborak bersama arwah sebelum aku pergi menamatkan zaman belajar aku di Politeknik tu.


Aku ingat lagi arwah selalu bersiar-siar dengan kereta pajeronya. Semua tu masih segar dalam ingatanku. Diharapkan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Amin...


3 comments:

kelamkabut said...

inalillah...
hm takziah kpd keluarge arwah...
huhu

Imaginary Girl said...

harap Poli kite akan mndapat pegarah yang baru ASAP...klu tak jd linkup-winglaaa...hehehe

kelamkabut said...

haha
hmm harap2 Pengarah baru akan membuat pmbaharuan..
hehe