Friday 10 June 2011

Kaya Tanggungjawab atau Kaya Duit???

Kali ni entry aku lain sikit. Ia berkaitan hal-hal lelaki. Siapa tak nak bf yg kaya??kacak??bergaya??kan?kan? Certain people say, life is not fairytale. Kehidupan adalah realiti yang kita perlu tempuhi, sama ada suka atau tak suka. Ia da tertulis sejak azali lagi. Tapi yang membuat pilihan, adalah kita. Takdir dan Jodoh, semuanya di tangan Allah.

Kenapa entry aku pasal kaya tanggungjawab atau kaya duit??okay,kalau koranglaaa..(kalau ada yg baca) kalau salah satu option tu, mana korang pilih? Okay here it is,

Kaya tanggungjawab which he know he's responsibilities. Dia pandai mengawal satu keadaan terutama dalam keluarga dia. Which he can be a goooood leader. Contohnya, dia tau pergi ke pasar borong, beli ikan, sayur tanpa pengawasan dari pihak perempuan atau dia pandai mengajar atau mendidik adik-adik dia (kalau sidia ada adiklaaa) dan dia sangat diperlukan apabila big family dia memerlukan, senang cerita orang kuatlaaa...or ringan tangan. Dari segi perhubungan cinta, dia sangat konsisten memberikan perhatian yang secukupnya walaupun dia mempunyai komitmen bersama family.

Kalau kawin dengan orang macam ni,untung wooo...sebab tau hal-hal dapur...tak perlu nk disuruh.hehehe Pasal didikan tak payah cerita la kan...for sure lebih bagus dari kita errr maksud 'aku' je..sebab aku ni manja sangat-sangat.

Kaya duit?? Seperti kita tau, kaya duit, of courselah banyak duit kan?? Tapi aku tak cakap semua orang kaya tak bertanggungjawab. Ramai juga yang bertanggungjawab tapi bagi aku tu adalah bonus kalau korang dapat guy macam ni, kerana sidia ada kedua-dua kriteria di atas.

Tapi....tu laa...kehidupan bukan seperti yang selalu kita mahukan. Kalau ada kelebihan mesti ada satu kekurangan. Kebanyakkan 'guy' yang kaya ni, bagi aku manja. Terlalu manja dengan wang dan memanjakan pasangannya dengan wang. Pada mula memanglah seronok, kita dapat apa yang diinginkan. Tapi...aku tak terkejut kalau dia boleh ada pasangan lain, kerana ia mampu memberi apa saja kepada pasangan dia.

Aku pernah dengar kes dimana, si gf tidak puas hati dengan bf dia sebab bf dia curang, lepas tu bergaduh, at last bf dia memberikan duit bagi memujuk gf dia. Sangat sakit hati kan??Tak semua benda boleh dibeli dengan duit. Perhatian tidak boleh diberikan dengan duit, begitu juga kesetiaan. Tapi kalau cinta??banyak da sekarang cinta sebab duit. Tu aku tak nak komenlah. Sendiri punya pilihankan.

Bila aku fikirkan balik, baik aku dapat seseorang yang mampu menanggung aku, itu da mencukupi dan paling penting, aku nk dia kaya dengan tanggungjawab. Aku tak cakap duit tu tak penting, hidup kalau pakai cinta je pon tak kenyang gak. Kedua-dua tu penting, tapi cukupklah kalau ia bersederhana.Kalau kaya sangat dengan duit, susah la pulak nak jaga. Kita berdoa kepada Allah agar dijodohkan kepada insan yang terbaik. Terima seadanya pasangan kita dan apa yang aku pelajari adalah 'stop comparing ur partner with others'. Apa yang kita ada sekarang adalah lebih baik daripada mereka yang lain atau sebelumnya.

Quotes yang memberangsangkan!



Comel je mereka yg bertanggungjawab ni =)


For those who rich money but poor of responsibility:-

Setuju!setuju sangat-sangat!


Harap-harap dijauhkan dari lelaki macam ni...takut nyah~

No comments: